Cheesy Cupcakes

Cubalah resipi ni dari Kak Fida myresipi.com. Sedaap...

Bahan-bahan ( 12-15 biji )
  • 200 g tepung gandum (2 cwn rata dan keluarkan 4 sb )
  • 150 g mentega lembut (15 sb rata atau 1/2 buku mentega+ 2 sb rata)
  • 150 g gula kastor/halus (15 sb rata)
  • 2 biji telur - dikocok
  • 2 sk baking powder
  • 60 g cream cheese

Cara-cara

  1. Ayak tepung dan baking powder dan ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula hingga kembang lalu masukkan telur sedikit2 sambil dipukul terus.
  3. Masukkan pula campuran tepung sedikit2 sambil dikacau dengan senduk hingga rata.
  4. Sediakan mangkuk kertas beralas acuan dan isi adunan kek 1/2 penuh,isi 1/2 sudu kecil cream cheese dan tutup lagi dgn adunan kek.
  5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan dulu selama 20-30 min. pada suhu 180C atau ikut kepanasan suhu oven masing2.
  6. **Cream cheese boleh jugak diganti cheddar cheese atau cheese slice yg dipotong kecil,ikut selera.


5 comments:

sang ratu amirah said...

selalu nya mengguna kan chesse jenama ape?

Lily Maznah said...

Selalunya saya guna Philadelphia cream cheese tapi agak mahal. Kalau nak buat utk bisnes, selalunya kwn-kwn saya beli kat baking supply shops macam Bake With Yen, lagi murah. Brand Anchor pun ada tapi saya tak pernah cuba.

I selalu buat untuk makan family je, so tak guna byk.

Selamat mencuba!

. nurul widad . said...

sb stand for ?

cik bella said...

wah..nyum2..nk try la.kirenye..cheese yg slice2 tu kiter buat die sebagai inti la ye..

norihan bakery said...

nak cuba buat..interesting..