Resipi untuk buat icing cupcake atau kek.
Bahan-bahan ( utk kek dlm 20cm atau 30 pcs cupcakes )
1/2 cwn shortening
1/2 cwn butter
(kalau nak warna putih, guna 1 cwn shortening, tak perlu butter)
1 sudu kecil esen vanilla
4 cwn gula icing (ayak)
2 sudu besar susu segar atau air. (Kalau guna susu segar, kena pastikan kek disimpan dalam peti sejuk dan dimakan segera. Kalau nak tahan lama, guna air sahaja pun boleh)
Cara-cara
1. Pukul shortening hingga kembang. Masukkan butter dan pukul lagi sampai kembang. Masukkan esen vanilla dan pukul dengan kelajuan perlahan.
2. Masukkan gula icing sedikit demi sedikit sampai habis dan pukul lagi sampai gebu. Lepas tu masukkan susu segar atau air tadi. Pukul lagi sampai gebu dan putih.
3. Masukkan pewarna (guna pewarna serbuk) dalam bekas berasingan jika perlu.
20 comments:
thanxx for tthe info
just nak tanya . what is shortening ?
Shortening ialah lemak sayuran. Kat supermarket bahagian baking ada. Selalunya dia jual dalam tupperware lebih kurang 350gm. Brand Nur pun ada shortening 100gm.
thanks sangat2
salam, nak tanya..mmg kena guna perwarna serbuk ke atau blh jer guna perwarna yg star brand tu?
salam..tmpg tanya, mmg kn pakai perwarna serbuk je ke atau blh je guna perwarna cecair..
kalau tak guna shortening boleh tak? ape kesan dia ye? baru je but ni tapi ising saya cepat jatuh, maksudnya bentuk nya tak kekal.
saya follow blog ni.
kalau tak letak shortening tu boleh x?
FatinazeeLa,
Shortening ni boleh ganti dgn mentega/margerine tapi mentega/margerin ni cepat cair. Shortening ni tak cair macam mentega, so icing tahan lama walaupun tak masuk peti sejuk.
Biasanya orang buat half shortning, half mentega sbb shortening ni tak ada perasa, kalau campur mentega sedap sikit :-)
klu x maw guna ( serbuk pewarna ) x pe x ? .... nk gna yg , cecair pnya ... ?
Pewarna cecair pun boleh tapi jgn byk sgt, takut buat icing jadi cair.
Selamat mencuba!
assalamualaikum..klu tak gne shortening, tpi gne butter 1 cwn pun blh ye? tak cair ke? tkut nt ssah nk decorate corak2 kt atas cupcake.. pls help me
assalamualaikum..nak tye klu tak gne shortening, tpi juz gne 1 cwn butter, blh ke? tak cair? tkut nt ssh nk decorate corak2 kt atas cake..help me pls
Miss Ninie Pinky,
Guna butter atau margerin pun boleh, cuma dia cepat cair berbanding dgn shortening. Tapi, butter akan buat dia lebih sedap :-). what I do - I mix half shortening, half butter, so dia lambat cair dan sedap.
Guna shortning tak de masalah nak decorate sbb bila kita kena pukul hinggu gebu bersama dgn gula sbelum kita decorate. So, icing to lembut dah.
Selamat Mencuba!
aii.. tumpang tnye..
kalu gune krimm well untuk ape ek..
assalamualaikummm..
saya nak tnye..
kalau guna krim well untuk ap ek..
tq .. :)
shortening crisco halal tak??? akak guna shortenig apew??
nak tanya shortening crisco halal tak??? akak pakai shortening apew??
Sis Myeraa,
Saya tak pernah guna brand Crisco. Guna brand Nona je. Ada kat supermarket atau kedai yg jual barangan baking. Shortening ni lemak dari sumber sayur-sayuran, so insya Allah halal.
Info tentang krimwell, shortening ada dihuraikan dgn baik oleh Puteri di blog beliau:
http://puterisoven.blogspot.com/2011/06/apa-itu-dan-fungsinya.html
TQ Puteri!
Post a Comment