Resipi Fondant Icing - Mashmallow Fondant Recipe

Ramai yang dah mula buat cupcake guna fondant icing. Nampak lebih kemas dan cantik. Tapi, nak buat fondant icing tu bukan senang. Nak senang, boleh beli yang dah siap buat kat baking shop seperti Bagus atau Bake With Yen. Harga dalam M15.00 per kg untuk kualiti sederhana, RM50.00 untuk 2 kg untuk kualiti terbaik.

Kalau nak buat sendiri, boleh try Mashmallow Fondant

16 oz miniature marshmallows (yang kecik boleh beli kat bakery shops)
2 lbs. gula icing
2 sudu besar air
Crisco (shortening) 1/2 cawan.

Cara:
1. Lumurkan crisco atas meja tempat menguli dan tangan.
2. Cairkan mashmallow dan air dalam microwave hingga sebati dan licin. Pastikan dikacau setiap 30-45 saat.
3. Masukkan 3/4 daripada gula yang disediakan dan kacau sehingga sebati.
4. Keluarkan dari bekas ke atas meja (yg dilumrkan dengan crisco tadi). Uli dengan tangan sehingga mendapat doh yang liat.
5. Simpan doh dengan plastic wrap dalam peti sejuk selama 1 jam sebelum digunakan. Kalau

Atau tengok video ni:

Selamat mencuba!

Nanti saya share video decoration guna fondant.

Kak Min di BakingProject.com pun ada recipe rolled fondant. Boleh dapatkan kat sini:
http://bakingproject.com/index.php/2008/03/25/fondant-recipe.html

19 comments:

Adnazthie said...

Banyak ilmu leh dapat kat sini..

Lily Maznah said...

Thanks!
Saya minat dgn cupcakes ni tapi tak buat bisnes. Untuk makan family je :-)

brotherzack said...

baru nak try...hehehe tq for the info

safinah said...

salam kak. crisco tu ade ke jual kat malaysia?

Lily Maznah said...

Safinah -Crisco tu shortening (lemak sayuran). Kat kedai bakery ada.

BRaInS Chinese Club said...

fondant 2 kaler2 wat cmne lak kak?

Lily Maznah said...

Saya baru masukkan video bagaimana nak mewarnakan fondant. Senang je... tambah pewarna jenis gel atas pes. Lepas tu uli hingga warna rata. Cubalah!

Azlea said...

nk tanya, gul icing dlm kuantiti gram mcm mn. Kuantiti lbs sy tak reti sgtlah....=) agak2 berapa atau sukatan cawan.pls

Lily Maznah said...

Azlea,
Selalunya kat timbang tu ada scale untuk lbs sekali. lbs (pounds) ni US punya recipe. Boleh jugak try convert kat sini:
http://www.onlineconversion.com/weight_common.htm

czone®™ said...

Mashmallow.. MANA NAK DAPAT??
Mashmallow... NI MACAM GULA2 YG RINGAN TU LER SAYA TNGK ...

Lily Maznah said...

czone - mashmallow kat M'sia susah sikit nak cari tapi kat baking shop ada (bukan bakery ye). Baking shop ni kedai yg menjual alatan dan bahan masakan seperti "Bake with Yen" di Puchong atau "Bagus" di Shah Alam. Kalau kat supermarket macam Cold Storage, rasanya ada.

Dia gula-gula yg gebu tu...

MaMa aDaMaQiL said...

salam..byknye info i dpt kat blog..blh tnye x..fondant yg beli kat bagus or bake wif yen tu tahan lama x?mcm mane nk smpn utk thn lame?hope sudi share info..i ni bdk br blajat..hehe

Lily Maznah said...

Fondant ni cepat keras, so better pakai terus. Tapi kalau nak simpan, pastikan dalam plastik kedap udara and simpan dalam suhu bilik, jgn masukkan fridge. Guna semula dalam tempoh 3-4 hari untuk kesegaran maksimum. Kalau kering, titiskan air sedikit demi sedikit sehingga boleh diuli semula.

ezzilin said...

salam..

nak tanya..kalau sy tiada microwave, ada cara lain x nak cairkan mashmallow??

tia_kechik said...

cekom...nak tnya ckit bley x..klau nak cairkan mashmallow tanpa gunakan microwave,ada cra lain x??gna double-boil bley x??
t.q...

Lily Maznah said...

Ezzilin & tia_kechik : boleh guna double broiler.

Alia said...

Hati hati guna marshmallow tu. cari yg ada cop halal ye sebab kebanyakan yg dijual d m'sia guna gelatin haiwan brnajis berat.

Alia said...

Hati hati cari marshmallow sebab kebanyakan yg djual d malaysia ada gelatin haiwan barnajis berat.

Lily Maznah said...

Marshmallow sekarang ada yg buatan Malaysia yg halal. Saya beli kat Mydin Mall. Ada buatan Muslim.