Cheesy Cupcakes

Cubalah resipi ni dari Kak Fida myresipi.com. Sedaap...

Bahan-bahan ( 12-15 biji )
  • 200 g tepung gandum (2 cwn rata dan keluarkan 4 sb )
  • 150 g mentega lembut (15 sb rata atau 1/2 buku mentega+ 2 sb rata)
  • 150 g gula kastor/halus (15 sb rata)
  • 2 biji telur - dikocok
  • 2 sk baking powder
  • 60 g cream cheese

Cara-cara

  1. Ayak tepung dan baking powder dan ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula hingga kembang lalu masukkan telur sedikit2 sambil dipukul terus.
  3. Masukkan pula campuran tepung sedikit2 sambil dikacau dengan senduk hingga rata.
  4. Sediakan mangkuk kertas beralas acuan dan isi adunan kek 1/2 penuh,isi 1/2 sudu kecil cream cheese dan tutup lagi dgn adunan kek.
  5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan dulu selama 20-30 min. pada suhu 180C atau ikut kepanasan suhu oven masing2.
  6. **Cream cheese boleh jugak diganti cheddar cheese atau cheese slice yg dipotong kecil,ikut selera.


Anda penjual cupcake ke?


Jika anda penjual cupcake, saya menjemput anda mengiklankan bisnes anda di laman web saya ini. Ada 5 slot untuk iklan. Murah je.

RM25 untuk slot 1 bulan
RM60 untuk slot 3 bulan

Blog saya ni, kalau orang google "Cara buat cupcake" akan berada di muka hadapan (1st page). So, kalau berminat, sila email kat saya di lily.muas@gmail.com.

Jika anda dah ada banner, boleh email kat saya. Saiz 200 x 200 pixel. Kalau tak de, saya akan guna banner yg ada, cuma saya gantikan gambar cupcake kat banner tu dengan gambar cupcake dari blog/website anda dan letak URL blog/website di tempat "Advertise...". Banner tu akan link direct ke blog/website anda.

Cubalah...

Video Pilihan: Cupcake untuk Hari Ibu

Walaupun agak lambat saya jumpa video ni, tapi boleh cuba untuk bagi kat Ibu. Ketahui cara membuat corak bunga dan bagaimana membuat icing yang seakan dwi-warna.

Video Pilihan : Idea decorate cupcake cara mudah

I like this one. Senang nak decorate the cupcakes, guna plastic bags je. Tak perlu piping bag & nozzle yang mahal.

My cupcakes

My very own cupcakes. Untuk makan sendiri je lah...

Resipi Buttercream Icing

Resipi untuk buat icing cupcake atau kek.

Bahan-bahan ( utk kek dlm 20cm atau 30 pcs cupcakes )

1/2 cwn shortening
1/2 cwn butter
(kalau nak warna putih, guna 1 cwn shortening, tak perlu butter)

1 sudu kecil esen vanilla
4 cwn gula icing (ayak)
2 sudu besar susu segar atau air. (Kalau guna susu segar, kena pastikan kek disimpan dalam peti sejuk dan dimakan segera. Kalau nak tahan lama, guna air sahaja pun boleh)

Cara-cara
1. Pukul shortening hingga kembang. Masukkan butter dan pukul lagi sampai kembang. Masukkan esen vanilla dan pukul dengan kelajuan perlahan.

2. Masukkan gula icing sedikit demi sedikit sampai habis dan pukul lagi sampai gebu. Lepas tu masukkan susu segar atau air tadi. Pukul lagi sampai gebu dan putih.

3. Masukkan pewarna (guna pewarna serbuk) dalam bekas berasingan jika perlu.