Showing posts with label Cupcake Pilihan. Show all posts
Showing posts with label Cupcake Pilihan. Show all posts

Cupcake Cheeseburger - comel!

Yummy...sedapnya cheeseburger...
Harapnya bukan cheeseburger kat tempat yg kita wajib boycott tu ye... hehe...

Jom cuba Cheeseburger Cupcakes ni.  Begitu mudah untuk buat dan comel sangat!

Guna resipi butter cupcake (atau beli yg adunan dari kotak), pastikan warna dia kekuningan bila masak.

"Daging burger" guna brownies.  Boleh cari resipi brownies kat internet.
"Sayur" tu adalah kelapa parut campur dengan pewarna hijau.
"Cheese" adalah icing berwarna kuning dan sos adalah icing berwarna merah.

Taburan kat atas adalah memanik berwarna putih.

Mudah kan?

Cupcake Frozen Olaf

Masih demam cerita Frozen ke?  Kalau anak-anak nak cupcake tema Frozen, terutamanya ada Olaf, apa kata cuba cara ni?

Guna resipi Vanilla cupcake dan buttercream icing.

Utk rambut Olaf tu, dia guna "licorice" - sejenis candy yg panjang dan anjal.  Kalau kat Malaysia kena cari kat supermarket macam Cold Storage bahagian candy/gula-gula.  Kalau untuk yg Muslim, check dulu kehalalannya ye... Kalau tak de licorice, boleh ganti dengan seaweed.

Selamat mencuba!



Ice Cream Cupcakes

Pernah tak tengok cupcake dibuat macam ice-cream?  Rasanya kat Malaysia belum nampak lagi orang buat.  Tapi saya jumpa kat youtube.com byk jugak video cara buat cupcake dalam ice-cream kon.

Jom cuci mata kat sini:
(pinjam dari blog http://cakeyperry.wordpress.com/2011/06/19/ice-cream-cupcakes/)



Beginilah rupa cupcake kat dalam cone ice-cream tu:


Comel kan???  Kalau buat untuk birthday party mesti budak-budak suka.

Cara nak buat pun senang je.  Boleh tengok video ni. Adunan kek boleh guna mana-mana recipe yg kita nak.  Kalau nak mudah, beli Vanilla cake mix (kat Bagus ada) atau Chocolate Cake Mix.  Pastikan adunan jangan penuh ye...

Video kat sini


Selamat mencuba!!

Cupcake Pilihan: Kay Bakery

Kay Bakery menawarkan pelbagai jenis cupcake, perisa vanila, chocolate, orange, pandan dan strawberry. Ada juga muffin blueberry, strawberry, orange, kiwi, chocolate atau banana. Tarts pun ada seperti mini tat buah, tat keju beri biru, lemon, telur, atau chicken pie/beef pie. Semua ada kat sini.

Nak tengok design dari Kay Bakery yang comel-comel belaka, boleh layari
http://www.flickr.com/photos/kaybakery/ atau blog http://kaybakery.blogspot.com/.

Kalau nak maklumat lanjut, boleh email tuan punya bakery (home-based), Puan Yati at noorirdawati_hassan@yahoo.com , ataupun telefon/sms Yati 019-272 7564.

(Kalau nak iklan cupcake anda, click sini)